Ahad, 21 Februari 2010

SOLD

already bring home a honda civic 2.0

Sabtu, 29 Ogos 2009

persona for sale...

aku dah nak jual persona nie...tapi rasa sayang la pulak....dah taruk tayar baru mahal2, bridgestone turanza smoothride beb!

Khamis, 9 April 2009

CRAP!!!

well this car not really bad at all, but it was a crap!
i felt like was conned by proton....
tapi okey lah....nak buat camana....target nak tukau ke civic nnt hahahahah

Rabu, 3 Disember 2008

blower air cond(sambugngan)

lama tak kemaskini blog nie....memang jarang-jarang pun aku kemaskan hehehhe...
ok....akudah cuci filter untuk blower aircond. hasilnya sangat memmuaskan, aircond kembali menyengat semacam masa mula2 dapat kereta nie dulu. betullah katan orang aircond proton/denso nie superb....memang supreme lahh!!...
cara nak cuci filter tu senang je...perhatikan di bawah glovebox(laci bawah dashboard penumpang depan), ada satu klip, kalau kat persona aku nie dia tanda dengan titik putih. klip tu cungkil dan tarik ke bawah. jangan risau sebab klip ni cukup kuat dan fleksibel, tapi janganlah paksa2 sangat kalau dia tak nak keluar...
klip tu menahan/mengunci filter pada kedudukannya(dalam laluan angin aircond. keluarkan/tanggalkan klip berkenaan sepenuhnya dari tempatnya, akan kelihatan pemegang filter(kecik jer), tarik ke bawah untuk mengeluarkannya.....mak datuuukkkk....boleh bercucuk tanam kat filter tu, mana nak masuk anginnya kan ? hahahahhah
pastikan kedudukan filter berkenaan sebelum dikeluarkan sepenuhnya dengan berhati-hati(mungkin sedikit terhalang dengan lantai kereta, tapi tak mengapa kerana filter berkenaan agak fleksibel). bersihkan dengan berus dan basuh dengan air paip biasa, keringkan. dan pasang balik, mengikut kedudukan yang asal untuk memastikan aliran udara yang optimum....selessaaaaiiii

Jumaat, 14 November 2008

blower air-cond

hhhmm...tak sampai setahun lagi kereta nie, tapi air cond dah tak berapa memuaskan....anginnya kuraaaannnggg sangat. pasang blower/fan pada tahap maksimum menyebabkannya berbunyi dengan agak kuat tapi angin ala2 bayu senja.
kelmarin member aku cakap, cuci jer filter kat bawah glove-box. tapi tak tau pulak nak tanggalkan macam mana. kalau kat pusat servis proton mau nya terus tukar, RM90 beb!
petang nie atau petang esok kena masuk bawah glove-box lah nampaknya utk aku selamatkan RM90 dan mendapatkan keselesaan maksimum berada dalam kereta...:(

Sabtu, 25 Oktober 2008

pancettt

tayar kiri belakang pancet...
aku pegi sungai besar, rushing sikit....on the way balik tu langgar lobang yaaa amat kuat....
lepas langgar tu aku check tayar dengan rim, ok jer tak ade apa2, tak goyang pun....ade kesan jugak aku jaga inflation tayar...
besoknya tak gerak kemana, lusa nak gi kerja aku tgk 1/2 angin dah tak ada!
alamak....bawak slow2 gi kerja sbb tak jauh...1/2km je :)
petang bawak slow2 lagi sekali, kali nie ke kedai tayar...
pppeeeehhhhh....dua lobang sekaligus kat tayar tu! satu kena skru besar baeeeekkk punya(kat sg besar aku parking depan kedai hardware) satu lagi crack/koyak tak tau kena apa, mungkin sbb langgar lobang tu...
RM50 siap allignment dan balancing, stereng tak di centre kan jugak, hampeh!

Sabtu, 11 Oktober 2008

fuel consumption

hhhmmm.....bab nie aku agak kecewa dengan persona nie...
ok...persona dilengkapkan dengan tolok kadar penggunaan minyak...maksud aku bacaan kadar penggunaan minyak bagi setiap 100km. contohnya penggunaan biasa 7.9l/100km, jadi 7.9 liter petrol dibakar/digunakan bagi perjalanan 100 km, atau 5.2l/100km bermaksud 5.2 liter digunakan untuk perjalanan 100km yang mana lebih jimat berbanding bacaan pertama tadi.
jadi aku boleh mendapatkan bacaan penggunaan minyak yang lebih tepat bagi setiap perjalanan, bukan sekadar "1/2 tangki", "setangki penuh", "setakuk" dsb.
namun kebelakangan ini(aku rasa selepas habis servis percuma), penggunaan minyak agak ketara tinggi. 8.9l/100km bagi penggunaan biasa dan 7.3l/100km bagi perjalanan jauh/lebuhraya. ntah mana silapnya, aku syak pusat servis tak tala(tune) enjin betul-betul ni.....

Isnin, 6 Oktober 2008

damn jam!!!

masih lagi mood raya.....selamat hari raya 1429 hijrah maaf zahir dan batin...
semalam terperangkap dalam jam...aku turun dari kota bahru, menuju hulu selangor. bertolak jam 7.30 pagi aku "perasan" konon-kononnya masih awal....silap haribulan laaaa....kok lanas jam....selepas machang dah jam teruk...k.krai jam teruk....sblm gua musang slow...jam lagi....lepas gua musang pon jam....aduuuhhh...rasa nak tanggal kaki...hehehe...manual biasa la, tapi time nak motong tu ada umphhh sikit....
lepas merapoh aku call 103 tanya no telefon balai polis raub, tanya keadaan jalan raub-bukit fraser-hulu selangor...dia kata okey,aku belasah ikut situ la....
tapi ngeri jugak lalu jalan tu, walaupun bukan pertama kali....anak aku yang bongsu(setahun tiga bulan) termuntah dalam kereta, atas mak dia hehehhehe...kesian betul. terpaksa la kami sekeluarga berhenti sekejap untuk bersihkan apa-apa yang terkena muntah dia. nasib baik muntah susu je walaupun sebelum tu dia makan macam-macam. nak berhenti pun susah, jalan sempit, kaki lima kadang ada kadang takde....dan kereta aku lah paling lembab jalan...semua potong...aku takde potong apa-apa hatta basikal sekalipun hahahhahaha.....
aku sampai hulu selangor jam 7.30 petang...jumlah masa perjalanan 12 jam! boleh tahan kali nie....rekod baru...
tapi paling potong stim bila jalan jam nie...orang potong kiri...hangin betul aku...kalau nak potong kanan aku tak kisah sangat, tapi potong kiri nie aku rasa semacam je....tak bermoral...
nak kata aku nie baik, berhemah sangat tu...takdelah....tapi potong kiri nie, menyusahkan orang je, dayus pun ada....lagi lah jam jalan yang dah sedia jam...
sampai satu tahap tu aku halang laluan kiri....dan ada satu kereta tu bengang kat aku nak dilanggarnya kereta aku, proton wira, DAE xxxx kaler hitam/coklat gelap metalik....celaka betul....lepas dia blah(potong kiri la) ada polis kat depan....rasanya tak sempat kena saman...
bagi aku, kalau tak de kecemasan tu janganlah potong kiri...tak nak jam, balik awal/lambat dari orang lain....balik jam itu jugak lu kena tanggung la ......terima ajelah jam tu...
apa pendapat anda ?

Sabtu, 4 Oktober 2008

kuala terengganu - kota bharu

semalam rombongan meminang dari johor tiba di kuala terengganu....adik ipar aku selamat ditunangkan dengan eerrrr....tunangnya dari segamat...
aku pun tumpang rasa gembira sebab kaum kerabat tunangannya tu cukup mesra, peramah....elok budi pekerti....
ok....hari nie aku gerak dari terengganu lewat sikit, jam 11 pagi....bagi peluang kaum kerabat tunagan adik ipar aku tu merasa nasi dagang istimewa di rumah mertua aku dulu baru cabut balik kota bharu...
perjalanan...ok...mengantuk sikit sebab jalan agak sibuk, tak ada kesesakan melainkan di masjid --- di pasir puteh....hari ni hari jumaat, biasalah sesak masa baru lepas solat jumaat....mengantuknyaaaaa zzzzzzzzzz

Ahad, 28 September 2008

balik kampung

waaahhh...
ok...aku memandu proton persona sebuah kereta keluarga yang sederhana(dan termampu) bagi aku...
aku memandu dari hulu selangor ke kelantan, bermula dari kuala kubu bharu pada jam 2.00 petang Jumaat, 26 september 2008 ke kota bharu. dan aku melalui batang kali, ulu rening, genting sempah....seterusnya ke bentong, raub, kuala lipis, merapoh, gua musang, kuala krai sebelum tiba di kota bharu pada jam lebih kurang 10.30 malam....
tidak seperti kebiasaannya, pemanduan kali ini mulanya agak menyeronokkan. semua pemandu dan penunggang motosikal kelihatan agak memahami antara satu sama lain. semuanya menggunakan lampu isyarat dengan baik dan agak berhati-hati serta bertimbang rasa dengan pemandu lain, rasa agak gembira dan senang hati. sehinggalah selepas melewati kuala lipis, sebelum melewati bulatan(kalau tak silap aku lah, lemah betul bab "land mark" nie)...
sebuah innova nie, masih agak baru.....di lorong memotong, bila aku memotong(dia di hadapan ku beberapa buah kereta) dia turut keluar memotong dan memeranjatkan aku....aku tak suka terperanjat sewaktu memandu nie...tak baik untuk kesihatan youuu...hahahhah...terpaksalah aku drop persona tu ke gear 3(nasib baik manual, kan?) dan memotong menggunakan lorong bertentangan yang kebetulan ketika itu jalan tu panjang dan tak ada kenderaan dari hadapan. bila nak sampai di bulatan asik memaksa, ikut rapat di belakang dan nak memotong kiri....aku cukup benci orang memotong kiri nie...reserve untuk orang sakit perut, nak beranak, bawak orang kemalangan dan lain2 kecemasan yang betul kecemasan punya....lain tu bawak la bersabar nak2 kalau orang tu berkopiah, dah naik haji dan mukallaf....kalau musyrik tak tahulah aku nak menilainya, tak berminat pun....
selepas tu banyak berjumpa dengan kemalangan.....perjalanan ini menjadi seolah2 sebuah perjalanan yang mengecewakan....lima kali aku terserempak dengan kemalangan. tiga yang pertama lori terbalik....yang keempat kelisa LE warna hitam/merah....1/2 jam sebelum tu cukup laju memotong kami, kemalangan sendirian...terbabas agaknya dan masih bernasib baik kerana tak tercampak ke dalam gaung, kesian tak ada pemandu lain yang sanggup berhenti membantu kerana lokasi kemalangan adalah agak berbahaya untuk kenderaan lain berhenti, kelihatan kemudian polis dalam perjalanan...
yang terakhir adalah kemalangan berangkai(?)....jalan menuruni bukit, agak licin dan hujan....aku rasa sekurang-kurangnya tujuh buah kereta....ada yang remuk dapan sahaja, ada yang depan belakang, ada yang dah kedalam longkang, tapi kelihatan tiada yang cedera parah...pemandu-pemandu dan penumpang kelihatan masih agak panik....ada sebuah kereta peronda bersama dua orang polis mungkin baru sahaja sampai di tempat kejadian, tak menang tangan mereka....
aku kemudiannya membunyikan hon kepada pemandu "tow truck" yang setia menunggu di hadapan, tak tahulah dia faham ke tak faham....aku jalan je terus....