Ahad, 28 September 2008

balik kampung

waaahhh...
ok...aku memandu proton persona sebuah kereta keluarga yang sederhana(dan termampu) bagi aku...
aku memandu dari hulu selangor ke kelantan, bermula dari kuala kubu bharu pada jam 2.00 petang Jumaat, 26 september 2008 ke kota bharu. dan aku melalui batang kali, ulu rening, genting sempah....seterusnya ke bentong, raub, kuala lipis, merapoh, gua musang, kuala krai sebelum tiba di kota bharu pada jam lebih kurang 10.30 malam....
tidak seperti kebiasaannya, pemanduan kali ini mulanya agak menyeronokkan. semua pemandu dan penunggang motosikal kelihatan agak memahami antara satu sama lain. semuanya menggunakan lampu isyarat dengan baik dan agak berhati-hati serta bertimbang rasa dengan pemandu lain, rasa agak gembira dan senang hati. sehinggalah selepas melewati kuala lipis, sebelum melewati bulatan(kalau tak silap aku lah, lemah betul bab "land mark" nie)...
sebuah innova nie, masih agak baru.....di lorong memotong, bila aku memotong(dia di hadapan ku beberapa buah kereta) dia turut keluar memotong dan memeranjatkan aku....aku tak suka terperanjat sewaktu memandu nie...tak baik untuk kesihatan youuu...hahahhah...terpaksalah aku drop persona tu ke gear 3(nasib baik manual, kan?) dan memotong menggunakan lorong bertentangan yang kebetulan ketika itu jalan tu panjang dan tak ada kenderaan dari hadapan. bila nak sampai di bulatan asik memaksa, ikut rapat di belakang dan nak memotong kiri....aku cukup benci orang memotong kiri nie...reserve untuk orang sakit perut, nak beranak, bawak orang kemalangan dan lain2 kecemasan yang betul kecemasan punya....lain tu bawak la bersabar nak2 kalau orang tu berkopiah, dah naik haji dan mukallaf....kalau musyrik tak tahulah aku nak menilainya, tak berminat pun....
selepas tu banyak berjumpa dengan kemalangan.....perjalanan ini menjadi seolah2 sebuah perjalanan yang mengecewakan....lima kali aku terserempak dengan kemalangan. tiga yang pertama lori terbalik....yang keempat kelisa LE warna hitam/merah....1/2 jam sebelum tu cukup laju memotong kami, kemalangan sendirian...terbabas agaknya dan masih bernasib baik kerana tak tercampak ke dalam gaung, kesian tak ada pemandu lain yang sanggup berhenti membantu kerana lokasi kemalangan adalah agak berbahaya untuk kenderaan lain berhenti, kelihatan kemudian polis dalam perjalanan...
yang terakhir adalah kemalangan berangkai(?)....jalan menuruni bukit, agak licin dan hujan....aku rasa sekurang-kurangnya tujuh buah kereta....ada yang remuk dapan sahaja, ada yang depan belakang, ada yang dah kedalam longkang, tapi kelihatan tiada yang cedera parah...pemandu-pemandu dan penumpang kelihatan masih agak panik....ada sebuah kereta peronda bersama dua orang polis mungkin baru sahaja sampai di tempat kejadian, tak menang tangan mereka....
aku kemudiannya membunyikan hon kepada pemandu "tow truck" yang setia menunggu di hadapan, tak tahulah dia faham ke tak faham....aku jalan je terus....

Tiada ulasan: