lama tak kemaskini blog nie....memang jarang-jarang pun aku kemaskan hehehhe...
ok....akudah cuci filter untuk blower aircond. hasilnya sangat memmuaskan, aircond kembali menyengat semacam masa mula2 dapat kereta nie dulu. betullah katan orang aircond proton/denso nie superb....memang supreme lahh!!...
cara nak cuci filter tu senang je...perhatikan di bawah glovebox(laci bawah dashboard penumpang depan), ada satu klip, kalau kat persona aku nie dia tanda dengan titik putih. klip tu cungkil dan tarik ke bawah. jangan risau sebab klip ni cukup kuat dan fleksibel, tapi janganlah paksa2 sangat kalau dia tak nak keluar...
klip tu menahan/mengunci filter pada kedudukannya(dalam laluan angin aircond. keluarkan/tanggalkan klip berkenaan sepenuhnya dari tempatnya, akan kelihatan pemegang filter(kecik jer), tarik ke bawah untuk mengeluarkannya.....mak datuuukkkk....boleh bercucuk tanam kat filter tu, mana nak masuk anginnya kan ? hahahahhah
pastikan kedudukan filter berkenaan sebelum dikeluarkan sepenuhnya dengan berhati-hati(mungkin sedikit terhalang dengan lantai kereta, tapi tak mengapa kerana filter berkenaan agak fleksibel). bersihkan dengan berus dan basuh dengan air paip biasa, keringkan. dan pasang balik, mengikut kedudukan yang asal untuk memastikan aliran udara yang optimum....selessaaaaiiii
Rabu, 3 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan